Saturday 26 May 2018

27.5.2018

assalamualaikum and good morning semua,

tahun nie ialah tahun ke-3 aku berpuasa sebagai pesakit rvd. alhamdulilah aku beruntung sebab makan ubat once a day so aku pilih untuk makan malam so bolehlah berpuasa. berpuasa tahun nie sama macam tahun2 sebelumnya just insyaallah tahun terakhir aku sebagai orang bujang. yeahhhh alhamdulilah.

last time aku check vl and cd4 masih ok. cd4 aroud 500 and vl dah 50 copies from 50000 copies. cepat mampos semua. aku pun dalam 3 tahun nie xde batuk selsema and demam. sakit sebab stress kje je la yg banyak. syukur pada allah atas nikmat yang diberikan.

kepada yang seangkatan dengan aku nie aku harap korang dont give up. macam lirik lagu d masiv nie. sebak aku setiap kali dengar lagu nie. semua orang pasti ade dugaan nya.

JANGAN MENYERAH
Tak ada manusiaYang terlahir sempurnaJangan kau sesaliSegala yang telah terjadi
Kita pasti pernahDapatkan cobaan yang beratSeakan hidup iniTak ada artinya lagi
Syukuri apa yang adaHidup adalah anugerahTetap jalani hidup iniMelakukan yang terbaik
Tak ada manusiaYang terlahir sempurnaJangan kau sesaliSegala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkanKebesaran dan kuasanyaBagi hambanya yang sabarDan tak kenal putus asa
selamat menjalani ibadah puasa semua. semoga hidup kita terus diberkati dan dirahmati. 
SAYANG SEMUA.....

Sunday 8 October 2017

08/10/2017

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA.

DAH LAMA AKU X UPDATE DALAM BLOG NIE. RINDU NAK MENULIS APA YANG BERLAKU PADA DIRI AKU NI. BANYAK PAHIT MANIS HIDUP YANG AKU NAK KONGSI BERSAMA.

PADA BULAN JULAI TAHUN NI AKU DAH MULAKAN TREATMENT HAART. AKU MULAKAN AWAL UNTUK MASA DEPAN AKU BERSAMA BAKAL PASANGAN TERSAYANG. MAYBE DIE ADA BACA BLOG NI. I JUST WANT TO TELL YOU THANK YOU SO MUCH SAYANG FOR ACCEPT ME AS WHO I AM. LOVE YOU SO MUCH. INSYAALLAH NEXT YEAR KAMI AKAN MULAKAN HIDUP BAHARU. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI.

AKU START HAART TIME CD4 AKU STILL TINGGI AROUND 540 CMTU. SO, DOCTOR INFORM AWAL2 YANG RISK UNTUK AKU DAPAT SIDE EFFECT LAGI TINGGI. PADA MINGGU PERTAMA AKU START HAART AKU JUST PENING2. RASA MACAM MABUK JE. HAHA. MASUK JE 2ND WEEK NAIK BINTIK2 THE WHOLE BADAN. AKU DAH PANIC TIME TU. AKU TANYA PADA SORG AKAK NIE MCM MANA. SO DAPAT LA ADVICE DARI DIA. ALHAMDULILAH MASUK MINGGU KE-3 BINTIK DAH BERANSUR HILANG. SO FAR ITU JE LA YANG AKU HADAPI.

SETAKAT INI SAHAJA NUKILAN UNTUK HARINI.
SESIAPA YANG NAK BERTANYA OR ANYTHING BOLEH LA EMEL KEPADA:
encikoreo89@gmail.com
SAYA AKAN CUBA REPLY EMAIL ANDA SECEPAT MUNGKIN.

SELAMAT MALAM SEMUA.
SAYANG SEMUA.

Saturday 17 June 2017

18/06/2017

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

pejam celik dah nak habis ramadhan tahun ini. semoga tahun yang mendatang aku masih dapat menikmati keindahan ramadhan ini isnyaallah. akhir2 ni aku rasa jiwa macam kosong. aku cuba mencari jalan untuk mengisi kekosongan jiwa ini tapi still rasa empty. aku dulu fikir kalau dah ada rvd tak boleh hidup macam orang lain tapi sangkaan aku salah. alhamdulilah aku berjaya memiliki sebuah rumah kecil. cukup la untuk investment or untuk aku berteduh suatu hari nanti jikalau aku dibuang keluarga or orang sekeliling aku. and also baru2 ni my company revise balik polisi baru and terus aku search pasal health. alhamdulilah no discrimination towards rvd. they still can work like others. rasa selamat secure di situ sekejab.

last time aku pergi appointment at id clinic. melihat meragam manusia di sana mencuit hati ku. ternampak seorang pesakit baru (indian) nak mendaftar. ke hulu ke hilir but he still smile to every one. magnetic couple also banyak. nampak sweet je pegang tangan dengan wife masing2. aku pun nak jugak. hahaha. as usual aku duduk diam sampai la habis appointment tu. xde nye la nak borak2 dengan orang lain. haha. kalau ade yang nak tegur silakan lah. aku tegur balik. syukur pada tuhan aku masih sihat. tak selsema, tak demam, tak batuk. aku rasa condition sekarang lagi bagus dari dulu just kadang2 bintik merah muncul di kulit mulus ini. hahah mulus.

aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.

SAYANG SEMUA

Wednesday 19 April 2017

20.04.2017

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT  MALAM SEMUA,

PEJAM CELIK 2X DAH NAK 1 TAHUN AKU MENJADI PLHIV. AKU SEKARANG DAH X FIKIR AKU NIE PLHIV. AKU BUSYKAN DIRI AKU SAMPAI AKU LUPA TENTANG STATUS AKU. AKU ALHAMDULILAH MASIH SIHAT SEPERTI BIASA DAN ALMOST XPENAH DEMAM SINCE DI DIAGNOSE.  WALAUPUN SIHAT AKU STILL JAGA KESIHATAN AKU PADA TAHAP MAKSIMUM. AKU CARI MASA UNTUK JOGGING AT LEAST ABOUT 30 MINUTES 3 TIMES A WEEK. DAH TAHU ANTIBODI X KUAT SO KENA LA RAJIN EXERCISE YE. ALHAMDULILAH SYUKUR PADA TUHAN.

KEPADA YANG MUSLIM JANGAN LUPA SOLAT. SOLAT TU TIANG AGAMA. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK. CARI ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. KAWAN AKU SELALU REMINDKAN AKU THIS QUOTE "CARILAH HARTA DI DUNIA NI SEOLAH2 KAU AKAN HIDUP DI DUNIA NIE SELAMA2 NYA DAN CARILAH HARTA DI AKHIRAT SEOLAH2 KAU AKAN MATI ESOK".

BTW AKU STILL BELUM MULAKAN RAWATAN HAART. DOAKAN AKU SENTIASA SIHAT, MURAH REZEKI, DIJODOHKAN DENGAN INSAN YG SUDI MENERIMA AKU, DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN. AKU DOAKAN YANG TERBAIK KORANG SEMUA.

SAYANG SEMUA
SELAMAT MALAM

Wednesday 8 March 2017

8.3.2017

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

aku rasa ni post aku yang pertama untuk tahun 2017. hahahah. lama tul x update blog nie. busy dengan kerja sampai x sempat nak baca or update blog. btw aku still x kena makan ubat lagi. doctor cakap aku still ok. dia kasi pada yang lebih memerlukan. saya ikut je doctor apa yang u suruh. asalkan i sihat walafiat dah cukup. alhamdulilah.

sekarang aku jarang fikirkan pasal penyakit aku nie. betullah otai2 kata time mula kena memang freak out gila but then lame2 aku dah boleh terima kenyataan. so aku redha and tempuhi dengan gembira dan penuh jayanya. but aku still rindu keadaan aku yang dulu. bersyukur ok dengan apa yang allah bagi nikmat. nikmat untuk makan, bernafas and everything. aku lately rasa macam makin membesar. makan makin berselera. lidah sometimes rasa kelat but still telan habis nasi. makan untuk hidup so telan je apa yang ada.

selamat malam semua.
sayang semua.

Thursday 1 December 2016

1.12.2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Nie ialah bulan terakhir untuk tahun 2016. Banyak kenangan pahit manis pada tahun ini. Semoga hari bulan dan tahun yang mendatang aku lebih tabah.

HAPPY BIRTHDAY MR HELMIE ABU +Me ABU 
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN BAHAGIA DI SAMPING ISTERI TERCINTA DAN BABY YANG COMEL ITU

Bulan depan aku nekad nak inform bakal tunangan aku tentang status aku. Aku redha dengan keputusan dia. Kalau ada jodoh inysaallah aku ku pinang mu secepat mungkin. Takut tukar fikiran tetiba. Doakan yang terbaik untuk aku.

Seminggu sekali aku mesti Google pasal HIV cure. Mane la taw kot2 dah jumpa cure dia and this is one of my therapy. Therapy yang masih ada harapan untuk aku sembuh walaupun mengambil masa yang lama. Dont give up. Hope test yang diorg jalankan tu berjaya. Cepat patenkan and pasarkan. Tak sabar nak borong nie. ^o^.

Sekian terima kasih untuk karangan pada hari ini.
Selamat malam semua.
Sayang semua.

Friday 18 November 2016

19/11/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Dah lama aku tak mengarang, meluahkan, meraung dan sebagai nya di blog aku nie. Lately aku busy sikit dengan urusan kerja, Busy2 pun tetap tiap2 hari aku baca kat google if there is any cure found in this world. Alhamdulilah banyak research menunjukkan ada kemajuan. Hope one day there is a cure. Kat Malaysia terchenta nie xde ke research pasal HIV? Papepun aku sangat bersyukur masih sihat, x demam, x batuk, x selsema. Just need to keep fit. Try curi masa untuk exercise sikit. Hope dalaman nie ok la.
Kepada yang baru berkenalan dengan sahabat baik nie jangan putus asa. U r the fighter. U already dah jadi selected one to live in this world. Aku setakat nie xda join mana2 group utk senasib dengan aku. Kalau rasa stress pun mengadu kat sape2 yang aku penah trade number yg senasib. There are so supportive. Aku mintak maaf ye kalau mengadu mnda yang sama je. Hahaha.

SAYANG SEMUA.
SELAMAT MALAM.