Thursday 1 December 2016

1.12.2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Nie ialah bulan terakhir untuk tahun 2016. Banyak kenangan pahit manis pada tahun ini. Semoga hari bulan dan tahun yang mendatang aku lebih tabah.

HAPPY BIRTHDAY MR HELMIE ABU +Me ABU 
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN BAHAGIA DI SAMPING ISTERI TERCINTA DAN BABY YANG COMEL ITU

Bulan depan aku nekad nak inform bakal tunangan aku tentang status aku. Aku redha dengan keputusan dia. Kalau ada jodoh inysaallah aku ku pinang mu secepat mungkin. Takut tukar fikiran tetiba. Doakan yang terbaik untuk aku.

Seminggu sekali aku mesti Google pasal HIV cure. Mane la taw kot2 dah jumpa cure dia and this is one of my therapy. Therapy yang masih ada harapan untuk aku sembuh walaupun mengambil masa yang lama. Dont give up. Hope test yang diorg jalankan tu berjaya. Cepat patenkan and pasarkan. Tak sabar nak borong nie. ^o^.

Sekian terima kasih untuk karangan pada hari ini.
Selamat malam semua.
Sayang semua.

Friday 18 November 2016

19/11/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Dah lama aku tak mengarang, meluahkan, meraung dan sebagai nya di blog aku nie. Lately aku busy sikit dengan urusan kerja, Busy2 pun tetap tiap2 hari aku baca kat google if there is any cure found in this world. Alhamdulilah banyak research menunjukkan ada kemajuan. Hope one day there is a cure. Kat Malaysia terchenta nie xde ke research pasal HIV? Papepun aku sangat bersyukur masih sihat, x demam, x batuk, x selsema. Just need to keep fit. Try curi masa untuk exercise sikit. Hope dalaman nie ok la.
Kepada yang baru berkenalan dengan sahabat baik nie jangan putus asa. U r the fighter. U already dah jadi selected one to live in this world. Aku setakat nie xda join mana2 group utk senasib dengan aku. Kalau rasa stress pun mengadu kat sape2 yang aku penah trade number yg senasib. There are so supportive. Aku mintak maaf ye kalau mengadu mnda yang sama je. Hahaha.

SAYANG SEMUA.
SELAMAT MALAM.

Saturday 1 October 2016

2 Oct 2016 / 1 Muharam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apa khabar semua. Sihat? Aku alhamdulilah sihat. Baru2 ni aku pegi appointment dengan doctor. Alhamdulilah aku bebas dari hepatitis c. Aku syukur sangat2. Kalau bebas dari yang lagi satu lagi aku bersyukur double triple x terkata. Tapi pape pun aku tetap bersyukur. Doctor nak start ubat once aku punya cd4 below 500. Aku ikutkan je la apa yang doctor suruh. Hopefully cd4 untuk next check lagi tinggi. Ubat training yang die bagi sedap lak kemam. Bagi banyak2 pun xpe. Free kan. Hehehe. X baik membazir, ada orang lagi yang memerlukan.

Aku nak ucapkan salam maal hijrah untuk semua. Marilah kita sama2 berhijrah ke arah kebaikan. Tuhan bagi ujian kerana sayangkan kita.

Sayang semua.

Thursday 1 September 2016

1 SEPTEMBER 2016

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak mengarang kat sini. Hope semua sihat. Aku alhamdulilah sihat walafiat. Sekarang dah almost 3 month aku disahkan HIV positive. Sepanjang tempoh nie macam2 yang berlaku. Pasang surut kehidupan. Sekejab rasa motivated gila, kadang2 rasa sampai nak bunuh diri pun ada. Tapi alhamdulilah akal masih ada. Kena kuatkan semangat. Orang lain boleh hadapi kenapa aku tak boleh hadapi jugak. Aku kuat, pasti boleh. hehehehe. Setiap kesusahan atau dugaan yang Allah berikan pasti ada ganjaran kebahagian atau hikmah atas apa yang berlaku. Aku sekarang rasa terseksa sangat terpaksa merahsiakan keadaan aku dari orang lain. Aku kadang2 nak jugak mengeluh atau mengadu pada orang lain tentang keadaan aku. Tapi aku takut penerimaan orang dengan keadaan aku. Dari aku di pandang hina lebih baik aku pendam kan keadaan aku sampai ke akhir hayat aku. Betul ke decision aku nie? hehe. Hopefully betul lah. Ada idea tak apa yang patut aku buat untuk masa depan aku? list of idea plz.

Kepada encik Helmi Abu tahniah di ucapkan atas kelahiran putera pertama. Jaga baby tu elok2. Jangan duk makan merayap je. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-59. MERDEKA MERDEKA MERDEKA.

Sayang semua...




Sunday 31 July 2016

OPEN HOUSE HARI RAYA

Assalamualaikum semua,

Rancak open house bulan syawal nie kan. Raya kan sebulan. hehehe.. Tapi hati nie sedikit tersentuh bila pergi open house. Tgk member2 datang dengan pasangan masing2, yang dah ada anak pun bwk jugak. Meriah suasana hari raya. Terus aku terdetik di hati macam mane la aku nanti. Adakah hidup keseorangan sampai hujung nyawa or akan mempunyai keluarga kecil ku. Aku terlalu inginkan dunia kecilku yang bahagia. Doakan aku berjaya membina dunia kecilku semua.

Lepak dengan kawan2 lama membuatkan aku terlupa tentang status aku. Alhamdulilah aku masih kuat untuk hidup seperti biasa tapi bile sorg2 alot of negative thinking datang menjelma. Ya allah berat betul godaaan syaiton nie. Aku terfikir sampai buat ape nak susah2 hidup lagi, mati cepat lagi bagus. Aku terus beristighfar lepas tersedar dari bisikan syaiton. Selagi masih mampu, aku akan terus berjuang untuk hidup lebih lama. Kumpul pahala banyak2, bahagiakan ibu bapa aku. Walaupun bukan dengan kemewahan cukup lah hanya dengan kasih sayang.

THANKS ALLAH FOR EVERYTHING

Thursday 21 July 2016

1st APPOINTMENT

Assalamualaikum semua,

Semalam merupakan 1st appointment aku kat id clinic after nak amik blood test 1 month ago. Aku telah disahkan ada HIV dengan sahnya. huhuhu. waaaaaaa. x nak. CD4 aku doctor cakap dalam 570 lebih and aku juga ada hepatitis c mungkin sebab aku selalu bekam darah dulu tapi pape pun doctor suruh recheck back test so kne amik darah lagi. condition badan aku yang lain ok. penyakit kelamin xde. kolestrol, liver, kidney, lung semua ok. alhamdulillah syukur ya allah badan sihat. kawan baik je ada xtaw wat ape dalam nie. duduk diam2 ok. hang nak keluar lari dari aku forever pun aku sanggup. aku harap dapat la ubat die ada mcm hepatitis c. doktor cakap ada ubat alhamdulilah. doctor suruh amik ubat tb ke ape ntah utk prevent tb. kena makan 6 bulan adoihh. tapi pharmacist yg bagi ubat kat aku sweet je tanya pernah makan x ubat nie. dah la cantik comel hanya mampu senyum je n balas cakap xpernah 1st time. die explain pnjg lebar lak kat counter. demi adik abang sanggup diri lama.

Time tggu turn nak kne kaunseling kat id clinic dapat msg ayah aku kena stroke. rasa nak nangis time tu. doa cepat2 siap semua appointment nie. alhamdulilah dipermudahkan urusan.  terus shoot balik hometown. sampai terus peluk abah cium mintak ampun. alhamdulilah abah makin sihat. terima kasih ya allah nikmat yang ko berikan kepada aku. jangan kufur nikmat ye semua. syukur dengan apa yang ada.

THANKS FOR EVERYTHING ALLAH
SAYANG SEMUA

Friday 15 July 2016

NASIHAT MUSIM RAYA

Assalamualaikum,

Godaan lepas setan dibebaskan ni makin kuat ye + godaan dari manusia sekali. Hampir2 kembali ke masa silam tapi alhamdulillah sentiasa ingat akan mati yang sedia menanti bila2 masa. Cepat2 istighfar. Emosi pun kejap ok kejap tak. Encik Abu Helmie pernah bagi nasihat kat aku. Mintak izin ye Mr Vampire hehehehe. Dia kata sebenarnya kita dah tak percaya pada rukun iman. Everything yang berlaku adalah ketentuan Allah yang mana kita sedang di uji. Mati itu rahsia Allah dan bersyukurlah yang Allah bagi sign. U r the choosen one and change urself. Change is inevitable. Change for the better whenever able. Lepas kena nasihat baru emosi rasa ok. Semangat untuk terus hidup seperti insan biasa.

Thanks for everything Allah.
Sayang semua.

Monday 11 July 2016

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum semua.

Baru je balik raya dari kampung. Macam2 emosi ada di hari raya tahun ini. Bese la 1st time beraya dengan sahabat karib nie. Time nak salam raya ngn parents sebak je tapi tahan. Pegi takbir raya pun sebak jugak. Terfikir masih berpeluang lagi ke aku untuk merasai hari raya masa akan datang. Aku perasan tahun ni aku balik raya tak banyak cakap. Diam je tengak sanak saudara bersembang. Orang tanya aku iyakan je la. Soalan cepu mas bila raya ialah bile nak kawen ?? dan jawapannya ialah belum ada jodoh lagi mintak diorg doakan jodoh cepat sampai dan sihat selalu. Sebelum balik salam mak abah dulu terus rasa bersalah pada diorg. Aku dah conteng arang pada diorg. Biarlah aku simpan kawan aku ni sampai ke hujung nyawa aku. Drama sebabak bermula sekejab time nak balik (hati kapas sgt). Nasib la mr vampire ade bagi nasihat skit baru lah bermotivate skit. Inysaallah everything will be ok. Jangan nakal2 ye kawan baik. Duduk diam2 jangan kacau orang lain.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Thursday 30 June 2016

BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum,

Esok aku nak balik kampung yeahhhhh. Jumpa keluarga tercinta. Nie 1st raya aku bersama dengan sahabat baru ku. Macam mana emosi aku nanti ye. Insyaallah akan ku positive kan diri ini. Be strong mr oreo. Orang lain boleh ko mesti boleh. Kebahagiaan pasti akan muncul one day. Its not your turn now. Berbakti pada orang tua selagi mereka masih ada.

Aku harap semua orang boleh doakan semuanya baik2 belaka untuk wife and baby mr.vampire aka blogger me abu. Aku doakan semua nya selamat bro. Everything will be fine. DOA USAHA TAWAKAL. Aku ni nasihat kat orang kemain tapi diri sendiri emosi terganggu. Housemate aku perasan je lately aku diam and termenung. Mnegidam nak makan itu ini. Mcm orang tahu ajal dah dekat. Huhuhu. Ngidam tu pengaruh dari fb.

Mr Oreo nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga akan ada sinar untuk esok hari dan seterusnya. Insyaallah.

SALAM SAYANG SEMUA

Tuesday 28 June 2016

MASA DEPAN

Assalamualaikum,

Masa depan ialah sesuatu yang agak kabur bagi aku selepas mndapat sahabat baru ni. Aku tak pasti masa depan aku macam mana sekarang. Kalau dulu masa depan kumpul duit, beli rumah, cari isteri, ada anak, jaga anak, pencen, dan seterusnya. Sekarang masa depan aku still tak boleh bayangkan. Adakah aku kena hidup berseorangan sepanjang hayat ku menunggu sahabat ku ini merosakkan semua sistem badan aku??? Adakah ini balasan tuhan kepada hambanya yang pernah lalai dalam hidupnya??? (ya memang benar supaya aku tak terus hanyut) Adakah aku terpaksa rahsiakan sahabatku ini sehingga nafas yang terakhir??? Adakah aku hanya menunggu saat akhir aku??? Adakah orang akan menjauhi aku jika tahu tentang sahabatku ini??? Adakah jasad aku nanti hanya mencemarkan maruah keluarga aku??? Aku tak nak menyusahkan sesiapa pun. Aku keliru apa yang patut aku buat sekarang untuk masa depan aku. Ye aku tahu orang akan kata focus pada your own health first. Lately aku asyik berdoa supaya matikan aku dalam iman dan kematian aku tidak menyusahkan atau mencemarkan keluargaku. Aku tak tahu macam mana cara nak memaafkan diri aku pada keluarga atas kesalahan apa yang telah aku lakukan. Ni symptom budak baru dapat sahabat sehidup semati ke??? (hahahahah) Jangan bersedih Mr. Oreo. Tuhan itu maha adil. Dia dah aturkan segala2 nya. Ko just usaha dan tawakal je. Isnyaallah..

Salam sayang semua .....

Sunday 26 June 2016

LEBIH TENANG

Assalamualaikum semua,

Rajin aku menulis sekarang (hohohoho). Rasa syok lak ada mcm catatan diari mcm nie. Lantak la orang baca ke tidok asalkan aku boleh enjoy dengan hobi baru aku (hobi ke nie?).

Nowdays hati aku lebih tenang dan bersyukur dapat kesedaran awal dari terus hanyut buat maksiat. Aku pernah baca kat blog orang lain yg once u kena penyakit nie u akan appreciate semua benda di sekeliling. Aku sekarang dah kurang marah2. Accept apa salah orang lain. Give them a chance. Nobody perfect bro. Rasa syok lak hidup cool je. Or sebab shopping raya sana sini cari baju rasa seronok skit. hahaha

Dulu aku tak pernah nak baca buku2 agama, sekarang buku agama mcm jadi buku motivation utk aku. X lame lagi jadi ustaz lah aku nie. hahahahahah. Ustaz pembawa HIV. Mati la ko kne darah aku (wahahahahaha). Kat mane lagi nak cari blog yang bermotivasi sikit? Article nie mampu mengurangkan stress n kerisauan kita. Lebih2 lagi bile meningkat usia, masalah kemurungan. Aku x nak tua lagi. Aging process pause.

Selamat bekerja semua esok hari. Selamat bersahur n berpuasa.
SALAM SAYANG DARI INSAN HIV

Friday 24 June 2016

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Ini merupakan post pertama aku selepas di sahkan mempunyai virus HIV yang mengubah hidupku 100%. Tujuan aku menulis blog nie pun just to share my experience and also sebagai tempat untuk mengadu domba. Ala-ala macam diari. Hehehe.(xtaw nak share kat sape dah)

Thanks alot to blogger http://perjalananhivpositif.blogspot.my/yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada aku. Ko la orang pertama yang aku inform tentang condition aku. Ko kenalkan aku dengan Mr.F yang banyak membantu. Teman aku untuk 1st time ke HSB. Bagi nasihat bile aku down.

Aku jealous tengok kawan2 sekeliling aku sihat. Aku menyesal atas perbuatan lama aku dulu. Tengok mereka bahagia dengan pasangan masing2. Bercerita tentang anak. Semua tu membuatkan aku cemburu iri hati sedih sayu. Macam2 aku nak tulis kat blog nie nak luahkan perasaan sampai xtaw ape topic yg sepatutnya aku tulis nie.

Papepun hidup mesti diteruskan. Semoga akan ada kebahagian dalam kehidupanku bersama-sama dengan virus yg kubawa ni. Insyaallah aku akan berusaha untuk hidup untuk hari mendatang.

SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERPUASA