Thursday 30 June 2016

BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum,

Esok aku nak balik kampung yeahhhhh. Jumpa keluarga tercinta. Nie 1st raya aku bersama dengan sahabat baru ku. Macam mana emosi aku nanti ye. Insyaallah akan ku positive kan diri ini. Be strong mr oreo. Orang lain boleh ko mesti boleh. Kebahagiaan pasti akan muncul one day. Its not your turn now. Berbakti pada orang tua selagi mereka masih ada.

Aku harap semua orang boleh doakan semuanya baik2 belaka untuk wife and baby mr.vampire aka blogger me abu. Aku doakan semua nya selamat bro. Everything will be fine. DOA USAHA TAWAKAL. Aku ni nasihat kat orang kemain tapi diri sendiri emosi terganggu. Housemate aku perasan je lately aku diam and termenung. Mnegidam nak makan itu ini. Mcm orang tahu ajal dah dekat. Huhuhu. Ngidam tu pengaruh dari fb.

Mr Oreo nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga akan ada sinar untuk esok hari dan seterusnya. Insyaallah.

SALAM SAYANG SEMUA

Tuesday 28 June 2016

MASA DEPAN

Assalamualaikum,

Masa depan ialah sesuatu yang agak kabur bagi aku selepas mndapat sahabat baru ni. Aku tak pasti masa depan aku macam mana sekarang. Kalau dulu masa depan kumpul duit, beli rumah, cari isteri, ada anak, jaga anak, pencen, dan seterusnya. Sekarang masa depan aku still tak boleh bayangkan. Adakah aku kena hidup berseorangan sepanjang hayat ku menunggu sahabat ku ini merosakkan semua sistem badan aku??? Adakah ini balasan tuhan kepada hambanya yang pernah lalai dalam hidupnya??? (ya memang benar supaya aku tak terus hanyut) Adakah aku terpaksa rahsiakan sahabatku ini sehingga nafas yang terakhir??? Adakah aku hanya menunggu saat akhir aku??? Adakah orang akan menjauhi aku jika tahu tentang sahabatku ini??? Adakah jasad aku nanti hanya mencemarkan maruah keluarga aku??? Aku tak nak menyusahkan sesiapa pun. Aku keliru apa yang patut aku buat sekarang untuk masa depan aku. Ye aku tahu orang akan kata focus pada your own health first. Lately aku asyik berdoa supaya matikan aku dalam iman dan kematian aku tidak menyusahkan atau mencemarkan keluargaku. Aku tak tahu macam mana cara nak memaafkan diri aku pada keluarga atas kesalahan apa yang telah aku lakukan. Ni symptom budak baru dapat sahabat sehidup semati ke??? (hahahahah) Jangan bersedih Mr. Oreo. Tuhan itu maha adil. Dia dah aturkan segala2 nya. Ko just usaha dan tawakal je. Isnyaallah..

Salam sayang semua .....

Sunday 26 June 2016

LEBIH TENANG

Assalamualaikum semua,

Rajin aku menulis sekarang (hohohoho). Rasa syok lak ada mcm catatan diari mcm nie. Lantak la orang baca ke tidok asalkan aku boleh enjoy dengan hobi baru aku (hobi ke nie?).

Nowdays hati aku lebih tenang dan bersyukur dapat kesedaran awal dari terus hanyut buat maksiat. Aku pernah baca kat blog orang lain yg once u kena penyakit nie u akan appreciate semua benda di sekeliling. Aku sekarang dah kurang marah2. Accept apa salah orang lain. Give them a chance. Nobody perfect bro. Rasa syok lak hidup cool je. Or sebab shopping raya sana sini cari baju rasa seronok skit. hahaha

Dulu aku tak pernah nak baca buku2 agama, sekarang buku agama mcm jadi buku motivation utk aku. X lame lagi jadi ustaz lah aku nie. hahahahahah. Ustaz pembawa HIV. Mati la ko kne darah aku (wahahahahaha). Kat mane lagi nak cari blog yang bermotivasi sikit? Article nie mampu mengurangkan stress n kerisauan kita. Lebih2 lagi bile meningkat usia, masalah kemurungan. Aku x nak tua lagi. Aging process pause.

Selamat bekerja semua esok hari. Selamat bersahur n berpuasa.
SALAM SAYANG DARI INSAN HIV

Friday 24 June 2016

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Ini merupakan post pertama aku selepas di sahkan mempunyai virus HIV yang mengubah hidupku 100%. Tujuan aku menulis blog nie pun just to share my experience and also sebagai tempat untuk mengadu domba. Ala-ala macam diari. Hehehe.(xtaw nak share kat sape dah)

Thanks alot to blogger http://perjalananhivpositif.blogspot.my/yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada aku. Ko la orang pertama yang aku inform tentang condition aku. Ko kenalkan aku dengan Mr.F yang banyak membantu. Teman aku untuk 1st time ke HSB. Bagi nasihat bile aku down.

Aku jealous tengok kawan2 sekeliling aku sihat. Aku menyesal atas perbuatan lama aku dulu. Tengok mereka bahagia dengan pasangan masing2. Bercerita tentang anak. Semua tu membuatkan aku cemburu iri hati sedih sayu. Macam2 aku nak tulis kat blog nie nak luahkan perasaan sampai xtaw ape topic yg sepatutnya aku tulis nie.

Papepun hidup mesti diteruskan. Semoga akan ada kebahagian dalam kehidupanku bersama-sama dengan virus yg kubawa ni. Insyaallah aku akan berusaha untuk hidup untuk hari mendatang.

SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERPUASA