Tuesday 28 June 2016

MASA DEPAN

Assalamualaikum,

Masa depan ialah sesuatu yang agak kabur bagi aku selepas mndapat sahabat baru ni. Aku tak pasti masa depan aku macam mana sekarang. Kalau dulu masa depan kumpul duit, beli rumah, cari isteri, ada anak, jaga anak, pencen, dan seterusnya. Sekarang masa depan aku still tak boleh bayangkan. Adakah aku kena hidup berseorangan sepanjang hayat ku menunggu sahabat ku ini merosakkan semua sistem badan aku??? Adakah ini balasan tuhan kepada hambanya yang pernah lalai dalam hidupnya??? (ya memang benar supaya aku tak terus hanyut) Adakah aku terpaksa rahsiakan sahabatku ini sehingga nafas yang terakhir??? Adakah aku hanya menunggu saat akhir aku??? Adakah orang akan menjauhi aku jika tahu tentang sahabatku ini??? Adakah jasad aku nanti hanya mencemarkan maruah keluarga aku??? Aku tak nak menyusahkan sesiapa pun. Aku keliru apa yang patut aku buat sekarang untuk masa depan aku. Ye aku tahu orang akan kata focus pada your own health first. Lately aku asyik berdoa supaya matikan aku dalam iman dan kematian aku tidak menyusahkan atau mencemarkan keluargaku. Aku tak tahu macam mana cara nak memaafkan diri aku pada keluarga atas kesalahan apa yang telah aku lakukan. Ni symptom budak baru dapat sahabat sehidup semati ke??? (hahahahah) Jangan bersedih Mr. Oreo. Tuhan itu maha adil. Dia dah aturkan segala2 nya. Ko just usaha dan tawakal je. Isnyaallah..

Salam sayang semua .....

No comments:

Post a Comment