Friday 24 June 2016

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Ini merupakan post pertama aku selepas di sahkan mempunyai virus HIV yang mengubah hidupku 100%. Tujuan aku menulis blog nie pun just to share my experience and also sebagai tempat untuk mengadu domba. Ala-ala macam diari. Hehehe.(xtaw nak share kat sape dah)

Thanks alot to blogger http://perjalananhivpositif.blogspot.my/yang banyak memberi nasihat dan semangat kepada aku. Ko la orang pertama yang aku inform tentang condition aku. Ko kenalkan aku dengan Mr.F yang banyak membantu. Teman aku untuk 1st time ke HSB. Bagi nasihat bile aku down.

Aku jealous tengok kawan2 sekeliling aku sihat. Aku menyesal atas perbuatan lama aku dulu. Tengok mereka bahagia dengan pasangan masing2. Bercerita tentang anak. Semua tu membuatkan aku cemburu iri hati sedih sayu. Macam2 aku nak tulis kat blog nie nak luahkan perasaan sampai xtaw ape topic yg sepatutnya aku tulis nie.

Papepun hidup mesti diteruskan. Semoga akan ada kebahagian dalam kehidupanku bersama-sama dengan virus yg kubawa ni. Insyaallah aku akan berusaha untuk hidup untuk hari mendatang.

SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERPUASA

3 comments:

  1. Apa Simptom2 yang saudara alami? maaf sekiranya pertanyaan ini menganggu. Sudilah kiranya berkongsi. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam en od. symptom yg sy alami just bengkak di tonsil. lps tahu result terus demam. itu je. sy tergerak hati check di bulan ramadhan itu hari. mmg tuhan saje yang tahu perasaan ketika itu. insyaallah ada hikmah semua yang terjadi. yakin pada qada dan qadar

      Delete
  2. salam abg. boleh sy bertanya:
    1. apakah aktiviti yang abg lakukan sebelum disah kan dijangkiti?
    2. berapa kali abg buat ujian. adakah sekali buat dapat dikesan?
    3. adakah dalam windw period?

    ReplyDelete